Difference between revisions of "Map generator/ms"

From Luanti Wiki
Jump to navigation Jump to search
(Added Malay translation)
 
(Update Malay translation following recent change in English article)
Line 12: Line 12:
  
 
* '''v5''': Menjana landskap berdasarkan hingar Perlin 3D Perlin dan diketahui ramai kerana keunikannya dan rupa bumi yang agak pelik serta pulau-pulau yang kadang-kadang terapung atas langit. Biom perlu ditakrifkan oleh [[mods/ms|mods]] dahulu, jika tidak kesemua landskap akan hanya mengandungi [[stone/ms|batu]].
 
* '''v5''': Menjana landskap berdasarkan hingar Perlin 3D Perlin dan diketahui ramai kerana keunikannya dan rupa bumi yang agak pelik serta pulau-pulau yang kadang-kadang terapung atas langit. Biom perlu ditakrifkan oleh [[mods/ms|mods]] dahulu, jika tidak kesemua landskap akan hanya mengandungi [[stone/ms|batu]].
* '''v6''': Dijana sepenuhnya menggunakan hingar Perlin 2D dan mempunyai rupa bumi yang agak “realistik” berbanding v5. Kepelikan dalam v5 sudah tiada. Penjana peta ini mempunyai biom pratakrif: Kawasan rumput/hutan, rimba, gurun, taiga, tundra dan kelikir. Biom-biom tidak boleh diubah oleh mods. Memang sifat v6 yang biom-biom ini lebih ringkas berbanding biom yang digunakan dalam penjana peta lain, malah beberapa blok-blok yang boleh dijumpai dalam penjana peta lain tidak wujud dalam peta janaan v6 (contohnya: [[Silver Sand/ms|Pasir Perak]])
+
* '''v6''': Dijana sepenuhnya menggunakan hingar Perlin 2D dan mempunyai rupa bumi yang agak “realistik” berbanding v5. Kepelikan dalam v5 sudah tiada. Penjana peta ini mempunyai biom pratakrif: Kawasan rumput/hutan, rimba, gurun, taiga, tundra dan kelikir. Biom-biom tidak boleh diubah oleh mods. Memang sifat v6 yang biom-biom ini lebih ringkas berbanding biom yang digunakan dalam penjana peta lain, malah beberapa blok-blok yang boleh dijumpai dalam penjana peta lain tidak wujud dalam peta janaan v6 (contohnya: [[Silver Sand/ms|Pasir Perak]], [[Acacia Tree/ms|Kayu Akasia]], [[Coral/ms|Batu Karang Jingga]])
 
* '''v7''': Inovasi terbaru v7, menggunakan hingar Perlin 2D dan 3D. Ianya pilihan lalai sejak Minetest 0.4.15. Penjana peta ini diketahui ramai kerana mempunyai banyak “sungai” (or “aliran”) yang lebar, ringkas dan dalam pada aras laut, tetapi sungai ini boleh dilumpuhkan. Seperti v5, biom perlu ditakrifkan oleh mods terlebih dahulu
 
* '''v7''': Inovasi terbaru v7, menggunakan hingar Perlin 2D dan 3D. Ianya pilihan lalai sejak Minetest 0.4.15. Penjana peta ini diketahui ramai kerana mempunyai banyak “sungai” (or “aliran”) yang lebar, ringkas dan dalam pada aras laut, tetapi sungai ini boleh dilumpuhkan. Seperti v5, biom perlu ditakrifkan oleh mods terlebih dahulu
 
* '''valleys''': Menjana landskap mencirikan banyak bukit, gunung dan lembah. Lembah-lembah selalunya mempunyai sungai dengan [[River Water/ms|Air Sungai]]. Sungainya sangat berbeza daripada v7, kerana mereka tidak semestinya berada di paras laut dan sebenarnya mengalir turun daripada bukit
 
* '''valleys''': Menjana landskap mencirikan banyak bukit, gunung dan lembah. Lembah-lembah selalunya mempunyai sungai dengan [[River Water/ms|Air Sungai]]. Sungainya sangat berbeza daripada v7, kerana mereka tidak semestinya berada di paras laut dan sebenarnya mengalir turun daripada bukit

Revision as of 14:55, 26 May 2017

Languages Bahasa: English • Deutsch • français • 日本語 • Bahasa Melayu

Penjana peta adalah salah sebuah komponen Minetest yang menjana peta. Halaman ini tertumpu kepada penjanaan rupa bumi. Untuk penjanaan biom (permukaan blok, tumbuh-tumbuhan dan yang berkaitan), sila lihat biom.

Gambaran keseluruhan

Atur cara yang kompleks ini diintegrasikan bersama permainan untuk menjana peta secara prosedural, peta inilah dunia yang pemain gunakan untuk bermain. Ianya berdasarkan hingar Perlin, fungsi yang membolehkan perhubungan kepada setiap titik menjadi nilai yang rambang tetapi konsisten.

Penjana peta

Gambaran

Terdapat beberapa jenis penjana peta yang berbeza. Pemain boleh memilih penjana peta yang disukai ketika hendak mencipta peta. Sesetengah mods mungkin mengubah terus peta, malah kesemua penjana peta membolehkan banyak penetapan melalui menu tetapan lanjutan.

  • v5: Menjana landskap berdasarkan hingar Perlin 3D Perlin dan diketahui ramai kerana keunikannya dan rupa bumi yang agak pelik serta pulau-pulau yang kadang-kadang terapung atas langit. Biom perlu ditakrifkan oleh mods dahulu, jika tidak kesemua landskap akan hanya mengandungi batu.
  • v6: Dijana sepenuhnya menggunakan hingar Perlin 2D dan mempunyai rupa bumi yang agak “realistik” berbanding v5. Kepelikan dalam v5 sudah tiada. Penjana peta ini mempunyai biom pratakrif: Kawasan rumput/hutan, rimba, gurun, taiga, tundra dan kelikir. Biom-biom tidak boleh diubah oleh mods. Memang sifat v6 yang biom-biom ini lebih ringkas berbanding biom yang digunakan dalam penjana peta lain, malah beberapa blok-blok yang boleh dijumpai dalam penjana peta lain tidak wujud dalam peta janaan v6 (contohnya: Pasir Perak, Kayu Akasia, Batu Karang Jingga)
  • v7: Inovasi terbaru v7, menggunakan hingar Perlin 2D dan 3D. Ianya pilihan lalai sejak Minetest 0.4.15. Penjana peta ini diketahui ramai kerana mempunyai banyak “sungai” (or “aliran”) yang lebar, ringkas dan dalam pada aras laut, tetapi sungai ini boleh dilumpuhkan. Seperti v5, biom perlu ditakrifkan oleh mods terlebih dahulu
  • valleys: Menjana landskap mencirikan banyak bukit, gunung dan lembah. Lembah-lembah selalunya mempunyai sungai dengan Air Sungai. Sungainya sangat berbeza daripada v7, kerana mereka tidak semestinya berada di paras laut dan sebenarnya mengalir turun daripada bukit
  • flat: Menjana dunia yang (hampir) rata sepenuhnya dengan beberapa biom seperti v7. Gua-gua masih boleh muncul di bawah tanah (sekiranya tidak dilumpuhkan) dan penjana peta boleh ditetapkan untuk menambah beberapa bukit dan tasik.
  • fractal: Menjana peta berdasarkan fraktal. Ia mencipta rupa bumi yang paling pelik setakat ini, tetapi hasil akhirnya selalunya boleh diagak.
    Anda boleh memilih fraktal yang manakah yang ingin digunakan berdasarkan set Mandelbrot dan Julia, melalui menu tetapan lanjutan (nama tetapan teknikal “mgfractal_fractal”).
  • singlenode: Secara lalainya, penjana ini mencipta dunia dengan udara sahaj di kesemua tempat. Sebenarnya, ia menjana hanya sejenis blok, selalunya udara.
    Penjanaan ini berguna untuk mods janapeta yang mentakrifkan penjanaan peta mereka sendiri: mula-mula, udara akan dijana, kemudian mods tersebut mengaplikasikan fungsi-fungsinya tersendiri untuk menjana rupa bumi. Penjana peta ini tidak boleh diplih melalui menu utama; ia hanya boleh dibolehkan oleh mods.

Untuk maklumat tambahan berkaitan pengubahan penjana peta ini, sila baca Ciri-ciri penjana peta.

Galeri

Di sini contoh landskap dijana menggunakan beberapa penjana peta yang berbeza (menggunakan Minetest Game):

Lihat juga