Difference between revisions of "Reporting bugs/ms"

From Luanti Wiki
Jump to navigation Jump to search
m (typo)
m
 
Line 10: Line 10:
 
* Spesifikasi Komputer: sila ambil tahu nama CPU, kelajuan jam, jumlah teras, jumlah RAM terpasang, dan kad grafik yang sistem anda gunakan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin diminta untuk beritahu jumlah baki ruang pemacu cakera keras anda.
 
* Spesifikasi Komputer: sila ambil tahu nama CPU, kelajuan jam, jumlah teras, jumlah RAM terpasang, dan kad grafik yang sistem anda gunakan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin diminta untuk beritahu jumlah baki ruang pemacu cakera keras anda.
  
Setelah selesai semua itu, buka fail <code>debug.txt</code> yang berada dalam folder <code>bin/</code> Minetest anda. Salin 50 barus terakhir daripada fail nyahpepijat tersebut.
+
Setelah selesai semua itu, buka fail <code>debug.txt</code> yang berada dalam folder <code>bin/</code> Minetest anda. Salin 50 baris terakhir daripada fail nyahpepijat tersebut.
  
 
Akhir sekali, failkan laporan pepijat ''dalam bahasa Inggeris'' di bawah subforum pepijat "Bugs" dalam forum Minetest yang rasmi. Gunakan templat berikut apabila menfailkan laporan:
 
Akhir sekali, failkan laporan pepijat ''dalam bahasa Inggeris'' di bawah subforum pepijat "Bugs" dalam forum Minetest yang rasmi. Gunakan templat berikut apabila menfailkan laporan:

Latest revision as of 16:13, 5 December 2017

Languages Bahasa: English • français • Bahasa Melayu


Minetest belum pernah siap, ianya sentiasa ditambah baik. Oleh itu, sebarang laporan pepijat yang remeh atau tidak sangat membantu kami untuk menambah baik enjin permainan demi semua orang. Sebelum anda menfailkan laporan pepijat, sila pastikan pepijat tersebut masih belum dilaporkan/dibaiki dengan menyemak subforum pepijat, laman Issues di GitHub Minetest, dan bertanya tentangnya dalam saluran IRC #minetest itu sendiri.

Apabila anda pasti pepijat yang anda alami sememangnya baru, sila ambil data sistem yang berikut.

  • Versi Minetest: dipaparkan di atas kiri skrin permainan Minetest. Tulis sebiji seperti yang dipaparkan.
  • Sistem Pengoperasian: jika anda menjalankan GNU/Linux, sila tulis nama pengedaran, versi dan seni bina (64 bit atau 32 bit). Jika anda menjalankan Windows, sila ambil tahu nama versi (Vista, 7, 8, 8.1, 10, XP tidak disokong) dan seni bina (64 bit atau 32 bit).
  • Spesifikasi Komputer: sila ambil tahu nama CPU, kelajuan jam, jumlah teras, jumlah RAM terpasang, dan kad grafik yang sistem anda gunakan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin diminta untuk beritahu jumlah baki ruang pemacu cakera keras anda.

Setelah selesai semua itu, buka fail debug.txt yang berada dalam folder bin/ Minetest anda. Salin 50 baris terakhir daripada fail nyahpepijat tersebut.

Akhir sekali, failkan laporan pepijat dalam bahasa Inggeris di bawah subforum pepijat "Bugs" dalam forum Minetest yang rasmi. Gunakan templat berikut apabila menfailkan laporan:

 Topic title: ini bahagian tajuk topik, tulis dengan ringkas berkenaan pepijat yang dialami
 
 Topic body: ini bahagian utama topik, nyatakan sebanyak dan sedalam mungkin berkaitan pepijat yang anda alami.
 Minetest version: Nyatakan versi Minetest yang anda ambil tahu tadi
 Operating system: Sistem pengoperasian yang anda ambil tahu tadi
 Computer specs: CPU, RAM, kad grafik, dll
 
 [spoiler=debug.txt]Lampirkan salinan 50 baris dari fail debug.txt tadi di sini[/spoiler]