Difference between revisions of "IRC/ms"
(Update links here too) |
ROllerozxa (talk | contribs) |
||
Line 18: | Line 18: | ||
| {{LiberaChat|#minetest}} || Perbincangan santai tentang semua benda berkaitan Minetest || [http://irc.minetest.net/minetest] | | {{LiberaChat|#minetest}} || Perbincangan santai tentang semua benda berkaitan Minetest || [http://irc.minetest.net/minetest] | ||
|- | |- | ||
− | | {{LiberaChat|#minetest-dev}} || Perbincangan pembangunan Minetest teras (dan pembangunan [[ | + | | {{LiberaChat|#minetest-dev}} || Perbincangan pembangunan Minetest teras (dan pembangunan [[Games/Minetest Game/ms|Minetest Game]] yang terhad). Benda lain (termasuk pembuatan mods) dianggap luar topik. '''Jangan keluar topik di saluran ini!''' Nota: Pengguna Webchat hanya boleh membaca di sini, tidak boleh bersembang. Gunakan perisian klien (lihat di bawah) untuk bersembang || [http://irc.minetest.net/minetest-dev] |
|- | |- | ||
| {{LiberaChat|#minetest-fr}} || Perbincangan am dalam bahasa Perancis || (Tiada log diketahui) | | {{LiberaChat|#minetest-fr}} || Perbincangan am dalam bahasa Perancis || (Tiada log diketahui) |
Revision as of 14:16, 29 January 2023
Bahasa: | English • français • Bahasa Melayu |
---|
IRC ialah singkatan untuk Internet Relay Chat atau istilah bahasa Melayunya Sembang Trimantar Internet. Kami menggunakannya untuk pemesejan teks internet masa nyata berkaitan dengan projek.
Semua orang komuniti yang melibatkan diri dan kumpulan pembangun boleh dijumpai di sana, malah kebanyakan penulis mods (modders) yang prolifik turut berada di sana.
Saluran
Sertai salah satu saluran-saluran IRC di irc.libera.chat. (Klik pada pautan “webchat” untuk mula bersembang terus dalam pelayar laman web anda jika anda tidak menggunakan aturcara IRC lagi.) Bahasa yang digunapakai selalunya bahasa Inggeris.
Saluran Terbuka
Saluran-saluran ini dibuka untuk semua orang:
Saluran | Topik | Log |
---|---|---|
#minetest(webchat) | Perbincangan santai tentang semua benda berkaitan Minetest | [1] |
#minetest-dev(webchat) | Perbincangan pembangunan Minetest teras (dan pembangunan Minetest Game yang terhad). Benda lain (termasuk pembuatan mods) dianggap luar topik. Jangan keluar topik di saluran ini! Nota: Pengguna Webchat hanya boleh membaca di sini, tidak boleh bersembang. Gunakan perisian klien (lihat di bawah) untuk bersembang | [2] |
#minetest-fr(webchat) | Perbincangan am dalam bahasa Perancis | (Tiada log diketahui) |
#minetest-de(webchat) | Perbincangan am dalam bahasa Jerman | (Tiada log diketahui) |
#minetest-es(webchat) | Perbincangan am dalam bahasa Sepanyol | (Tiada log diketahui) |
Saluran tidak rasmi dan berkaitan
Saluran | Topik |
---|---|
#lordofthetest(webchat) | Lord of the Test (Subpermainan) |
#mineclone2(webchat) | MineClone 2 (Subpermainan) |
#minetest-technic(webchat) | Technic (Pek mods) |
Saluran terhad
Akses ke saluran ini terhad, bukan semua orang boleh gunakannya.
Saluran | Topik | Log |
---|---|---|
#minetest-hub(webchat) | Keterangan sendiri diterjemah: “(…) untuk mereka yang sentiasa menambahbaik Minetest dengan membangun, mencipta mods, mengehos pelayan dan lain-lain. (…) Untuk meminta suara, sila hantar mesej peribadi (PM) kepada operator penjaga saluran.” Semua orang boleh masuk ke saluran ini, tapi hanya orang tertentu yang terpilih oleh operator saluran sahaja dibenarkan bersembang (“mempunyai suara”). Lihat juga: http://hub.minetest.net/info | [3] |
Perisian
Jika anda suka bersembang banyak, Webchat tidaklah begitu mudah. Oleh itu anda patut muat turun aturcara klien IRC. Di sini ada beberapa perisian percuma yang disyorkan:
- HexChat: Aturcara penuh ciri-ciri untuk Windows dan GNU/Linux (dan yang serupa), sambungan kepada aturcara XChat yang menjadi legasi
- Leafchat: Aturcara ringkas untuk Windows, GNU/Linux and Mac OS)
- irssi Klien konsol tulen
Jika anda sukar memahami IRC, http://www.irchelp.org/ sumber yang bagus dalam bahasa Inggeris untuk mengenali IRC.
Peraturan
Sesetengah orang tidak tahu cara untuk bertingkah laku, jadi di sini disertakan beberapa peraturan mudah:
- Jangan tanya kalau boleh tanya soalan,Don’t ask if you can ask questions, just ask
- Bersabar apabila anda meminta sesuatu, mungkin tiada orang ketika itu
- Jangan tulis benda merapu (spam)
- Jangan banjirkan saluran dengan mesej-mesej atau perintah bot
- Gunakan pastebin, seperti 0bin jika anda mahu tulis lebih dari empat baris (cth. mesej ralat atau kod)
- Sembangan yang menyakitkan hati, berunsur rasis atau cacian terhadap mana-mana pengguna atau operator saluran akan membuatkan anda disenyapkan atau anda diharamkan terus.
- Jika anda ingin meminta sesuatu dari seseorang, minta cara bersopan seperti berkata "please" akan mempercepatkan permintaan.
- Saluran-saluran tersebut bukannya padang mainan dan seringkali digunakan untuk perbincangan yang tidak keluar dari topik.
- Keluar topik di kebanyakan saluran dibenarkan, tetapi tidak boleh melampau sangat.
- Pemendek pautan tidak digalakkan bagi alamat URL yang tidak terlalu panjang.