Difference between revisions of "Mods/ms"

From Luanti Wiki
Jump to navigation Jump to search
(Replaced content with "{{delete|Translated version of a page that is going to be migrated off this Wiki.}}")
Tag: Replaced
 
Line 1: Line 1:
{{DISPLAYTITLE:Mods}}
+
{{delete|Translated version of a page that is going to be migrated off this Wiki.}}
{{Languages}}
 
{{tocright}}
 
==Mods ==
 
 
 
[[File:Mesecons example.jpg|thumb|Contoh sebuah mods (ditunjukkan: Mesecons).]]
 
 
 
'''Mods''' (singkatan dari '''modifikasi''') atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai '''mod''' (singkatan dari '''modifications''' atau '''modules''') merupakan modifikasi yang dicipta oleh pengguna untuk permainan yang mana ia boleh menambah atau mengubah cara main.
 
 
 
Sesetengah mods yang besar boleh menambah banyak kandungan kepada permainan, manakala mods yang kecil boleh menambah lebih banyak pilihan tetapan/pelangganan, atau mengoptimumkan kelajuan, cara main, atau grafik Minetest.
 
 
 
Mods atau pemalam [[Server/ms|pelayan]] selalunya memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan memudahkan, dan semua mods untuk pemain perseorangan juga boleh digunakan dalam pemain ramai.
 
 
 
Walaupun mods Minetest selamat untuk dipasangkan secara umumnya, seseorang haruslah berhati-hati dengan mods untuk mengelakkan keruntuhan, ketidakstabilan sistem, pemadaman permainan/data simpanan, atau jangkitan perisian hasad yang berkemungkinan daripada pautan yang buruk atau daripada mods itu sendiri.
 
 
 
Cara yang bagus untuk melindungi permainan anda daripada masalah seperti itu adalah dengan membuat sandaran folder Minetest anda jika anda memilih untuk menggunakan mods.
 
 
 
Terdapat banyak mods atau pemalam yang boleh digunakan untuk menambah fungsi dan barangan ke dalam [[Games/Minetest Game/ms|Minetest game]] yang asal atau untuk memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan kawalan terhadap pelayan mereka.
 
 
 
== Pek Mods ==
 
Sebuah pek mods (singkatan: “PM”) itu koleksi mods untuk mengumpulkan mereka bersama. Secara asasnya, sebuah pek mods ialah direktori khas yang mengandungi direktori mods sebenar.
 
 
 
Ia hanyalah pengumpulan logik semata-mata dan selalunya dilakukan untuk memudahkan dan mengumpulkan mods yang berkait rapat bersama-sama. Perbezaan utamanya ialah pek mods akan dipaparkan dengan cara yang berbeza di dalam pengurus mods dalam Minetest.
 
 
 
Namun selain daripada itu, tiada apa yang istimewa tentang pek mods ataupun mods di dalam pek mods. Mods individu di dalam pek mods masih boleh dibolehkan dan dilumpuhkan seperti mana mods bersendiri.
 
 
 
== Mods Pihak Klien ==
 
 
 
Mods pihak klien, dikenali dengan singkatan “CSM” ialah mods yang digunakan untuk mengubah klien Minetest anda mengikut kesukaan. Mods pihak klien boleh digunakan ketika bersambung kepada pelayan Minetest kerana ianya dimuatkan secara tempatan.
 
 
 
Mods pihak klien memerlukan sekurang-kurangnya Minetest 0.4.15-dev yang dikompil dari sumber selepas 1 April 2017.
 
 
 
Harap maklum bahawa API tidak stabil dan boleh berubah.
 
 
 
== Pemasangan ==
 
 
 
''Sila lihat [[Installing Mods/ms|Memasang Mods]] dan [[Installing Client-Side Mods/ms|Memasang Mods Pihak Klien]].''
 
 
 
== Mencari mods ==
 
[https://content.minetest.net/packages/?type=mod ContentDB]
 
 
 
== Mencipta mods ==
 
 
 
Mods dicipta dalam bahasa [https://www.lua.org/ Lua], sebuah bahasa pengaturcaraan/penskripan yang agak mudah. Mods boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mampu mengekod menggunakan Lua dan memahami API Lua Minetest.
 
 
 
Pendokumenan API Lua yang rasmi boleh dilihat di [https://github.com/minetest/minetest/blob/master/doc/lua_api.txt lua_api.txt].
 
 
 
Sumber pembelajaran penting yang lain:
 
* [http://rubenwardy.com/minetest_modding_book/ Buku Tutorial Dalam Talian Pembuatan Mods (''Minetest Modding Online Tutorial Book'')] (Sangat disyorkan)
 
* [http://dev.minetest.net/Intro Pengenalan Membuat Mods] (dekat wiki pembangun)
 
 
 
== Menyenaraikan mods pelayan ==
 
 
 
Jika anda di dalam sebuah [[server/ms|pelayan]], anda boleh menghantar [[Server commands/ms|perintah pelayan]] <code>/mods</code> untuk meminta pelayan memberitahu anda senarai kesemua mods yang terpasang.
 
 
 
Disertakan berikut carta 15 mods yang paling banyak digunakan dekat pelayan awam seperti yang tersenarai di [http://servers.minetest.net/ servers.minetest.net] setakat 31 Oktober 2016:
 
[[File:Modsonservers.png|1000px|big|middle|Mods yang paling banyak digunakan dekat pelayan awam seperti yang tersenarai di [http://servers.minetest.net/ servers.minetest.net] setakat 31 Oktober 2016]]
 
 
 
 
 
[[Category:Malay]]
 

Latest revision as of 19:46, 31 December 2024

Mbox warning.png This page has been proposed for deletion for the following reason: "Translated version of a page that is going to be migrated off this Wiki."
If you don't think that this page should be deleted, please explain why on the talk page.