Difference between revisions of "Mods/ms"
(Update Malay translation following recent change in English article) |
m (Updated Minetest Bower link) |
||
Line 36: | Line 36: | ||
* [http://forum.minetest.net/viewforum.php?f=11 Forum Penerbitan Mods “Mod Releases”] (Tempat utama untuk mencari mods yang paling baru diterbitkan) | * [http://forum.minetest.net/viewforum.php?f=11 Forum Penerbitan Mods “Mod Releases”] (Tempat utama untuk mencari mods yang paling baru diterbitkan) | ||
* [http://wiki.minetest.net/Special:AllPages?from=Mods/ Senarai subhalaman di bawah “Mods”] (Mods yang berakhir dengan “/ms” adalah artikel bahasa Melayu) | * [http://wiki.minetest.net/Special:AllPages?from=Mods/ Senarai subhalaman di bawah “Mods”] (Mods yang berakhir dengan “/ms” adalah artikel bahasa Melayu) | ||
− | * [ | + | * [[Minetest Bower/ms]] |
* [http://krock-works.16mb.com/MTstuff/modSearch.php Carian Mods Minetest (''Minetest Mod Search'')] | * [http://krock-works.16mb.com/MTstuff/modSearch.php Carian Mods Minetest (''Minetest Mod Search'')] | ||
* [[:Category:Mods|Kategori mods]] dalam wiki ini | * [[:Category:Mods|Kategori mods]] dalam wiki ini |
Revision as of 16:49, 7 May 2017
Bahasa: | English • Deutsch • español • français • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu |
---|
Mods
Mods (singkatan modifikasi) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai mod (singkatan modifications atau modules) adalah modifikasi yang dicipta oleh pengguna untuk permainan yang mana ia boleh mengubah cara main.
Sesetengah mods yang besar boleh menambah banyak kandungan kepada permainan, manakala mods yang kecil boleh menambah lebih banyak pilihan tetapan/pelangganan, atau mengoptimumkan kelajuan, cara main, atau grafik Minetest.
Mods atau pemalam pelayan selalunya memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan memudahkan, dan semua mods untuk pemain perseorangan juga boleh digunakan dalam pemain ramai.
Walaupun mods Minetest adalah selamat untuk dipasangkan secara umumnya, seseorang haruslah berhati-hati dengan mods untuk mengelakkan keruntuhan, ketidakstabilan sistem, pemadaman permainan/data simpanan, atau jangkitan perisian hasad yang berkemungkinan daripada pautan yang buruk atau daripada mods itu sendiri.
Cara yang bagus untuk melindungi permainan anda daripada masalah seperti itu adalah dengan membuat sandaran folder Minetest anda jika anda memilih untuk menggunakan mods.
Terdapat banyak mods atau pemalam yang boleh digunakan untuk menambah fungsi dan barangan ke dalam Minetest game yang asal atau untuk memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan kawalan terhadap pelayan mereka.
Pek Mods
Sebuah pek mods (singkatan: “PM”) adalah koleksi mods untuk mengumpulkan mereka bersama. Secara asasnya, sebuah pek mod adalah direktori khas yang mengandungi direktori mods sebenar.
Ia hanyalah pengumpulan logik semata-mata dan selalunya dilakukan untuk memudahkan dan mengumpulkan mods yang berkait rapat bersama-sama. Perbezaan utamanya adalah pek mods akan dipaparkan dengan cara yang berbeza di dalam pengurus mods dalam Minetest.
Namun selain daripada itu, tiada apa yang istimewa tentang pek mods ataupun mods di dalam pek mods. Mods individu di dalam pek mods masih boleh dibolehkan dan dilumpuhkan seperti mana mods bersendiri.
Pemasangan
Sila lihat Memasang Mods.
Mencari mods
Mods boleh dijumpai di beberapa tempat:
- Mods popular di minetest.net
- Forum Penerbitan Mods “Mod Releases” (Tempat utama untuk mencari mods yang paling baru diterbitkan)
- Senarai subhalaman di bawah “Mods” (Mods yang berakhir dengan “/ms” adalah artikel bahasa Melayu)
- Minetest Bower/ms
- Carian Mods Minetest (Minetest Mod Search)
- Kategori mods dalam wiki ini
- Senarai Mods dalam wiki ini (sangat tidak lengkap!)
- Mods:Mob adalah halaman dalam wiki ini yang menyenaraikan sesetengah mods yang mengandungi mob seperti haiwan dan raksasa.
- Mods:Kenderaan adalah halaman dalam wiki ini yang menyenaraikan beberapa mods yang mengandungi kenderaan.
- Kumpulan Minetest-Mods (Repositori Mods) (semuanya teknikal)
Mencipta mods
Mods dicipta dalam bahasa Lua, sebuah bahasa pengaturcaraan/penskripan yang agak mudah. Mods boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mampu mengekod menggunakan Lua dan memahami API Lua Minetest.
Pendokumenan API Lua yang rasmi boleh dilihat di lua_api.txt.
Sumber pembelajaran penting yang lain:
- Buku Tutorial Dalam Talian Pembuatan Mods (Minetest Modding Online Tutorial Book) (Sangat disyorkan)
- Pengenalan Membuat Mods (dekat wiki pembangun)
Menyenaraikan mods pelayan
Jika anda di dalam sebuah pelayan, anda boleh menghantar perintah pelayan /mods
untuk meminta pelayan memberitahu anda senarai kesemua mods yang terpasang.
Berikut adalah carta mods yang paling banyak digunakan dekat pelayan awam seperti yang tersenarai di servers.minetest.net setakat 31 Oktober 2016: