Difference between revisions of "Map Generator Evolution/ms"
(Rename subgame to game) |
|||
Line 1: | Line 1: | ||
− | {{Languages}} | + | {{Languages|nocat=1}} |
+ | |||
Artikel ini menunjukkan sejarah pembangunan [[Map generator/ms|penjana peta]] dalam Minetest. | Artikel ini menunjukkan sejarah pembangunan [[Map generator/ms|penjana peta]] dalam Minetest. | ||
Line 174: | Line 175: | ||
* [[Map generator/ms|Penjana Peta]] | * [[Map generator/ms|Penjana Peta]] | ||
* [[Biomes/ms|Biom]] | * [[Biomes/ms|Biom]] | ||
− | + | ||
[[Category:Malay]] | [[Category:Malay]] |
Revision as of 20:38, 9 April 2021
Bahasa: | English • Bahasa Melayu |
---|
Artikel ini menunjukkan sejarah pembangunan penjana peta dalam Minetest.
Pembangunan penjana peta tunggal
Pada awalnya, Minetest (ketika itu dipanggil “Minetest-c55”) hanya mempunyai sebuah penjana peta yang sentiasa ditambah baik dan mempunyai nombor versinya sendiri, di mana setiap versi menggantikan versi sebelumnya. Penjana peta yang terawal dicipta berdasarkan hingar Perlin 2D.
Pembangunan Awal
Juga dipanggil “Version 0” (versi 0), bahagian ini merumuskan ujikaji penjana peta terawal sebelum terbitnya penjana peta pertama yang rasmi.
minetest-c55-101010000530
Dalam versi Minetest-c55 yang pertama diketahui, hanya ada rupa bumi rata diperbuat daripada blok rumput dengan piramid batu di atasnya. Terdapat beberapa lubang. Tidak ada blok lain atau gua. Rupa buminya sentiasa sama sahaja.
minetest-c55-101017205222
Rupa bumi sudah tidak rata dan piramid telah hilang. Penjanaan rupa bumi sangat teruk namun sekurang-kurangnya rupa bumi boleh dijana. Ia mengandungi blok rumput dan batu di permukaan. Gua sangat ringkas yang bersegi boleh dijumpai di bawah permukaan. Rupa bumi masih lagi tidak rawak.
minetest-c55-101024231736
Air telah dimasukkan dan lautan dibentuk pada paras laut yang tetap.
minetest-c55-101101170627 (dan kemudiannya)
Pokok dengan blok kayu dan daun telah ditambah, namun mereka sangatlah asas. Belukar (blok daun tunggal atas lantai) juga ditambah. Belukar primitif ini telah dibuang dalam versi berikutnya.
Version 1 (Versi 1)
Janapeta rasmi pertama diperkenalkan dalam Minetest-c55 versi 0.0.1. Ciri-cirinya:
- Ringkas, rupa bumi rawak dengan batu dan tanah berumput
- Tanah dijana di bawah air dan berhampiran sesetengah pantai
- Pokok (mengandungi Kayu Pokok dan Daun Pokok)
- Tasik dan lautan ringkas pada paras laut yang tetap
- Gua dan gaung (gua menegak) yang ringkas
- Bijih pertama: Bongkah Mese dan Bijih Batu Arang dijana di bawah tanah
Version 2 dev3 (Versi 2 dev3)
Gunung dibuat lebih ketara, penjanaan bijih lebih elok dan pokok telah ditambahbaik. Namun ini versi pembangunan.
Version 2 dev4 (Versi 2 dev4)
Semua benda telah ditalakan lebih baik.
Version 2 (Versi 2)
Pasir telah ditambah dan membentuk pantai berpasir. Algoritma aliran lumpur ringkas melembutkan pencampuran bukit tanah dan tanah berumput. Penjanaan gua mengalami penambahbaikan yang ketara dan bijih besi telah ditambah juga.
Version 3 "3d noise" (Versi 3 "hingar 3d")
Hingar Perlin 3D digunakan untuk menjana rupa bumi ini.
Version 4 (Versi 4)
Lebih banyak pelarasan.
Version 5 (Versi 5)
Penjanaan peta rasmi untuk Minetest versi 0.3.1. Ia masih menggunakan hingar Perlin 3D seperti versi-versi sebelumnya dan ianya ikonik kerana rupa buminya yang melampau dan terlalu “bertompok”. Dalam Minetest versi 0.3, penjana peta ini mempunyai biom pratakrif seperti penjana peta v6 zaman sekarang. Dalam Minetest-c55 versi 0.4, janapeta ini telah dibuang, namun kemudiannya ditambah semula (lihat →#v5).
Penjana peta versi ini juga digunakan dalam Voxelands, sebuah cabang Minetest-c55.
Version 6 (Versi 6)
Versi 6 penjana peta diperkenalkan dalam Minetest-c55 0.4.0 untuk menggantikan penjana peta versi 5. Versi ini menggunakan hingar Perlin 2D semula dan rupa bumi kini lebih lembut dan realistik berbanding versi sebelumnya. Penjanaan peta juga telah menjadi lebih cepat.
Versi ini memperkenalkan rimba, gurun dan padang kelikir yang jarang.
Versi 6 ialah versi terakhir untuk penjana peta tunggal sebelum sokongan penjana peta jamak ditambah. Janapeta ini kemudiannya diteruskan di bawah nama “v6”.
Pembangunan penjana peta jamak
Sejak Minetest 0.4.6, pemain boleh pilih salah satu daripada pelbagai penjana peta yang ada, dengan penjana peta v6 menjadi pilihan lalai asalnya. Sejak itu, lebih banyak penjana peta telah ditambah dan penjana-penjana peta sedia ada telah ditambahbaik dari semasa ke semasa. Sehaj itu juga, sudah tiada “versi” tunggal untuk penjana peta dan konsep “versi” penjana peta tidak terpakai. Setiap penjana peta kini dibangunkan secara berasingan. Ianya penting untuk melihat setiap versi kini merupakan janapeta yang berbeza, oleh itu janapeta v5 dan v6 tidak patut dilihat sebagai lebih teruk berbanding janapeta v7. “v5”, “v6” dan “v7” kini hanyalah nama, bukan nombor versi. Semua janapeta yang ada dalam Minetest kini semuanya menerima pembaikan pepijat dan ciri-ciri baru secara berkala.
Dalam Minetest 0.4.15, v7 menjadi pilihan lalai yang baru.
v6
Janapeta “v6” (juga dikenali sebagai “mgv6”) ialah penerusan secara terus daripada versi 6 (sebelum sokongan janapeta jamak ditambah) dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam Minetest 0.4.13, sokongan untuk biom salji dan kepingan ais telah diperkenalkan kepada v6. Janapeta ini masih disokong secara rasminya dalam Minetest, ia tidak akan dibuang dalam masa terdekat dan penambahbaikan serta pembaikan pepijat masih dibuat dari semasa ke semasa.
singlenode (nod tunggal)
Janapeta ini diperkenalkan dalam Minetest 0.4.6 oleh celeron55. Ia mencipta dunia dengan Udara semata-mata (ia boleh ditukar melalui penetapan) dan ia hanya dicipta bertujuan untuk digunakan oleh mods dan permainan untuk membuat penjanaan peta tempahan khas, supaya mereka boleh memulakan semuanya daripada awal. Namanya “singlenode” bermaksud “nod tunggal” di mana ia hanya ada satu jenis nod di kesemua tempat, asalnya tetapan lalai ialah Udara.
Penjana peta ini telah disembunyikan daripada skrin pilihan penjana peta untuk beberapa versi sehingga 0.4.16, yang mana ia telah dibolehkan semula.
indev (dalam pembangunan)
Janapeta ini diperkenalkan dalam Minetest 0.4.6 oleh proller dan mengandungi pelbagai ciri-ciri ujikaji. Ianya berdasarkan janapeta v6. Ciri-ciri baru utama termasuklah pulau-pulau terapung pada ketinggian di atas Y=500, gua gergasi jarang, dan rupa bumi yang lebih ekstrim berhampiran sempadan dunia dengan adanya biom lebih luas, gunung lebih tinggi dan laut lebih dalam. Ia telah dibuang dalam versi 0.4.10 kerana ia dianggap berkualiti rendah.
v7
Juga dipanggil “mgv7”, ia diperkenalkan dalam Minetest 0.4.7 oleh kwolekr, di mana ketika itu penjana peta ini masih tidak dapat digunakan. Penjana peta ini menggunakan gabungan hingar Perlin 2D dan 3D. Ianya dikenali dengan cirinya yang mencipta sungai besar pada paras laut. Gua dalam janapeta v7 juga sangat berbeza daripada janapeta v6, kebanyakannya lebih besar.
Janapeta ini mempunyai sejarah pembangunan yang panjang dan menyaksikan pelbagai penambahbaikan melalui peningkatan versi Minetest.
- Asalnya, ia hanya mencipta dunia yang diperbuat daripada batu sahaja. Biom untuk janapeta v7 kemudiannya ditambah ke dalam Minetest Game secara berperingkat
- Dalam Minetest 0.4.13, banyak penambahbaikan besar dibuat kepada penjanaan rupa bumi dan parameter hingar telah diadakan; batu pasir dan kurungan bawah tanah batu gurun pun telah ditambah
- Dalam Minetest 0.4.14, API Biom telah diperkenalkan untuk janapeta v7 dan ia membuatkan janapeta v7 sebagai penjana peta pertama yang menyokong fungsi API Biom, spt. biom yang ditakrifkan oleh mods. Zaman dunia batu telah berakhir. Gua juga telah ditambahbaik
- Dalam Minetest 0.4.15, janapeta v7 menjadi janapeta yang dipilih secara lalai. Sokongan tambahan dan ujikaji untuk pulau terapung gergasi di atas ketinggian Y=1280 juga ditambah, tetapi tetapan ini ditutup secara lalainya. Aliran sungai juga boleh memotong melalui gunung
math (matematik)
Janapeta “math” diperkenalkan dalam Minetest 0.4.8 oleh proller. Ini sebenarnya pengumpulan 3 penjana peta berbeza berdasarkan pengiraan matematik ringkas. Ia mampu mencipta span Menger (mengersponge), kotak Mandel (mandelbox) dan sfera. Mods boleh menambah biom dengan API biom Minetest, namun ia tidak pernah digunakan dalam Minetest Game, jadi ia hanya mencipta dunia batu secara lalainya.
Penjana peta ini telah dibuang dalam Minetest 0.4.10 apabila proller meninggalkan projek kerana ia dianggap berkualiti sangat rendah dan sangat jelas mempunyai banyak masalah pencahayaan ([1] (bahasa Inggeris)).
Janapeta math disambung oembangunan dalam Freeminer, sebuah cabang Minetest.
v5
Juga dipanggil “mgv5”. Janapeta ini dibangkitkan semula daripada penjana peta bersejarah versi 5 daripada Minetest-c55 0.3. Dalam Minetest 0.4.11, penjana peta bersejarah ini dibangkitkan semula oleh paramat kerana bentuk rupa buminya yang ikonik.
Namun janapeta ini tidak serupa dengan janapeta bersejarah versi 5. Bentuk rupa buminya hampir sama tetapi penjana peta v5 dimodenkan mempunyai sokongan biom yang boleh ditakrifkan oleh mods (seperti v7) dan bukannya biom pratakrif seperti dahulu. Ia juga berkongsi pelbagai ciri-ciri lain v7 yang tidak berkait dengan rupa bumi, contohnya gurun dan kurungan bawah tanah batu pasir. Sesetengah ciri yang ditambah kepada v7 juga ditambah kepada v5.
fractal (fraktal)
Diperkenalkan dalam Minetest 0.4.13 oleh paramat. Ia mencipta dunia berdasarkan fraktal, terutamanya yang berasaskan set Mandelbrot dan Julia 3D dan 4D, termasuk mandelbulb. Setakat versi 0.4.15, terdapat 18 variasi yang disokong janapeta ini. Janapeta ini mempunyai tujuan yang sama dengan janapeta math yang lama, tetapi ia mempunyai set ciri yang berbeza dengan janapeta math.
flat (rata)
Penjana peta flat diperkenalkan dalam Minetest 0.4.14 oleh paramat. Ia boleh digunakan bersama atau tanpa biom, perhiasan, gua, kurungan bawah tanah, dll.
Secara teknikalnya, Minetest mampu menjana peta rata sejak versi 0.4.5 dengan menggunakan tetapan bendera janapeta (mg_flags
). Kemudiannya, bendera ini dibuang daripada mg_flags
dan menjadi tetapan janapeta untuk v6 (mgv6_spflags
) untuk menjana peta rata dengan gaya v6.
valleys (lembah)
Diperkenalkan dalam Minetest 0.4.14 oleh Duane Robertson. Ianya terkenal dengan bentuknya berupa “lembah” dan sungai yang mengalir. Sungai-sungai ini berbeza dengan v7: Mereka mengalir turun bukit bukannya berada rata di paras laut.
Dalam Minetest Game, kesemua sungai ini diperbuat daripada Air Sungai, cecair yang diperkenalkan dalam versi yang sama untuk sungai-sungai ini. Ia diperkenalkan kerana cecair dengan jarak aliran yang kurang diperlukan, air yang biasa akan mudah banjir.
carpathian
Diperkenalkan pada 6 Julai 2017 oleh vlapsley. Setakat versi 0.4.16, janapeta ini masih belum diterbitkan secara rasmi lagi, namun ia telah ada dalam versi pembangunan. Ia telah kali pertama ditunjukkan di dalam forum (bahasa Inggeris). Janapeta ini terkenal dengan gunungnya yang rumit (ada banyak variasi: berteres, bertangga, sangat besar, beralun) dan berbukit. Kebanyakan rupa buminya tanah lapang rata, gunung-ganang dan lautan luas. Fiord juga boleh dijana, tetapi jarang dijumpai.