Mining/ms

From Luanti Wiki
< Mining
Revision as of 12:39, 1 May 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Added Malay translation (Menambah terjemahan bahasa Melayu))
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search

Perlombongan adalah salah satu aktiviti paling asas dalam Minetest. Perlombongan adalah aktiviti mengeluarkan nod dengan menggunakan alatan perlombongan.

Cara untuk melombong

Perlombongan memerlukan hak “tindak” (“interact”) yang diberikan sebagai hak asas.

Perlombongan dilakukan dengan menuding ke arah nod yang diinginkan dan menekan terus butang menyerang (Pada asalnya, butang tetikus kiri).

Bukan semua benda boleh dilombong dengan semua alatan perlombongan. Sesetengah alatan lebih elok digunakan untuk sesetengah bahan galian. Lagipun, perlombongan selalunya mengambil masa untuk disiapkan. Kelajuan perlombongan bergantung kepada jenis alatan yang digunakan dan juga nod yang ingin dilombong.

Jatuhan

Setelah sesebuah blok dilombong, ia mungkin tidak meninggalkan apa-apa, atau ia meninggalkan satu atau beberapa item yang masuk terus ke dalam inventori pemain anda. Item-item yang tertinggal juga dipanggil sebagai “jatuhan” daripada nod dan dikatakan sesebuah nod akan menjatuhkan sesuatu setelah ianya dilombong.

Kebanyakan blok menjatuhkan diri sendiri. Ini adalah perlakuan asal jika tidak dinyatakan dengan yang lain oleh orang yang menulis mods. Namun sudah tentu adanya kemungkinan jatuhan yang lain juga, contoh jenis jatuhan yang mungkin berlaku:

  • diri sendiri,
  • item yang berbeza,
  • banyak item,
  • tiada apa-apa,
  • item atau item-item berdasarkan peluang (jatuhan berdasarkan kebarangkalian).

Jika jatuhan tidak muat untuk masuk terus ke dalam inventori anda, item-item tersebut akan jatuh betul-betul ke atas lantai.

Kelajuan perlombongan

Kelajuan perlombongan ditentukan oleh kumpulan.

Perlombongan dalam Minetest Game

Anda bermula dengan tangan yang mampu melombong agak banyak nod tetapi pada kelajuan paling rendah. Kapak bagus untuk melombong (memotong) nod kayu. Beliung bagus untuk melombong nod berupa batu. Penyodok sangat laju menggali tanah, pasir dan kelikir. Kapak, beliung dan penyodok datang dalam enam jenis yang berbeza: Kayu, batu, keluli, gangsa, Mese dan intan. Dalam susunan tersebut, alatan-alatan menjadi semakin kuat dan kuat dan selalunya melombong dengan lebih laju.

Kebanyakan nod menjatuhkan diri sendiri. Contoh yang nyata untuk nod-nod yang tidak menjatuhkan diri sendiri adalah seperti:

Contoh yang nyata untuk jatuhan berdasarkan kebarangkalian:

Perlombongan dalam permainan yang lain

Perlombongan selalunya sama sahaja dalam permainan-permainan Minetest. Mungkin alatan dan masa perlombongan berbeza, tetapi konsepnya kekal sama.