Programs and Editors/ms

From Luanti Wiki
< Programs and Editors
Revision as of 09:43, 15 April 2018 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Add Malay translation)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • 日本語 • Bahasa Melayu

Pelbagai atur cara, aplikasi web, dan penyunting untuk Minetest telah dicipta oleh masyarakat.

Ini bukan senarai menyeluruh, lihat lebih lagi di bebenang bahasa Inggeris untuk Projek Berkaitan Minetest (Minetest-related projects) di forum.

Pemetaan

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
Screenshot minetestmapper.png Minetest Mapper
(Pemeta Minetest)
Mencipta imej peta 2D daripada dunia anda, di mana satu blok bersamaan satu piksel.

Terdapat juga GUI Minetest Mapper (bahasa Inggeris).

wiki pelbagai penyumbang
MTSatellite
(Satelit MT)
Sistem pemetaan web "masa nyata" untuk Minetest. Ianya seperti mempunyai Peta Google untuk dunia Minetest anda, kecuali ia dikemaskini secara langsung. forum s-l-teichmann
ScreenshotThumb Amidstest.jpg Amidstest Menyediakan peta dunia Minetest tanpa memerlukan dunia dicipta oleh Minetest. Ini ialah versi Minetest kepada alat Amidst untuk Minecraft. forum Dr.Frankenstone


Suntingan dunia dan pengimportan

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
150px WorldEdit
(SuntingDunia)
Alatan dan perintah untuk menyunting dunia.

(Secara teknikalnya ini ialah pek mods, dan digunakan dalam enjin permainan)

wiki pelbagai penyumbang
Geo mapgen
(Janapeta geo)
Menjana dunia Minetest daripada data topografi dunia nyata. Membaca data litupan daratan GeoTiff dan model pelan tegak digital seperti yang disediakan oleh SRTM (bahasa Inggeris). forum Gael de Sailly
Real Terrain
(Rupa Bumi Sebenar)
Menggunakan fail imej sebagai peta ketinggian dan peta biom untuk menjana dunia Minetest. forum bobomb
mcimport Penukar dunia untuk keseluruhan peta Minecraft (fail simpanan Minecraft), dan mengeluarkan sebuah dunia Minetest yang baru dan berfungsi. (Linux) forum pelbagai penyumbang

Twoelk jugs menulis penukar-penukar lain untuk mengimport data Minecraft ke Minetest (bahasa Inggeris).


Lain-lain

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
150px Skin database
(Pangkalan data kulit)
Pralihat, kongsi, dan muat turun kulit pemain forum addi
Skin converter
(Penukar kulit)
Mengimport kulit dari Minecraft ke Minetest forum eyesgoal
Mod search engine
(Enjin carian mods)
Mencari mods berdasarkan nama atau kata kunci. Hasil carian diberatkan mengikut rating pengguna. forum Krock


Node Box Editor
(Penyunting Kotak Nod)
Penyunting 3D untuk mencipta blok sendiri dengan mudah dengan menarik bucu mereka. Ia menyokong semua sistem pengoperasian yang Minetest sokong. forum rubenwardy
Web Node Box Creator
(Pencipta Kotak Nod Web)
Penyunting 3D untuk mencipta blok sendiri dengan mudah. Berasaskan web. forum IcyDiamond
Public remote media server
(Pelayan media jarak jauh awam)
Seperti sebuah CDN untuk pelayan Minetest anda. Pelayan media jarak jauh ini menyediakan klien dengan media untuk pelayan anda, supaya pelayan anda tidak perlu menyediakan muat turun ini kepada pemain anda apabila mereka sambung ke pelayan anda. Secara umumnya, ini dapat meningkatkan kelajuan dan mengurangkan beban pada pelayan anda, dan ianya sesuatu yang bagus!

Ini ialah tika awam daripada projek Minetest Remote Media server (pelayan media jarak jauh Minetest).

forum sofar