Help:Translation Notes/ms
< Help:Translation Notes
Jump to navigation
Jump to search
Revision as of 17:50, 27 April 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Added Malay translation's notes)
Bahasa: | English • Deutsch • français • Bahasa Melayu • polski |
---|
This page contains information for Malay translators.
Pemiawaian istilah asas
Sila pastikan istilah-istilah berikut digunapakai. Senarai penuh boleh dilihat di dalam glosari Weblate Minetest.
Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | Keterangan |
---|---|---|
client | klien | |
server | pelayan | Ini adalah istilah rasmi bahasa Melayu dan digunapakai dalam Kamus Dewan, Kamus Komputer dan buku-buku berkaitan komputer dalam bahasa Melayu |
map | peta | |
map generator | penjana peta | |
mapgen | penjana peta | Istilah Inggeris mapgen hanyalah kependekan untuk map generator oleh itu guna terjemahan untuk istilah asal. |
mode | mod | |
mod / mods | mods | Istilah Inggeris tunggal mod atau jamaknya mods adalah kependekan untuk modifications (modifikasi). Untuk terjemahan, gunakan mods sebagai singkatan modifikasi supaya tidak keliru dengan perkataan Melayu mod yang membawa maksud Inggeris mode. Untuk kata jamak Melayu, gunakan kata ganda mods-mods. |
flags | bendera | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi. |
node | nod | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi. |
block | blok | Digunakan untuk istilah teknikal yang tidak merujuk kepada barangan sebenar, contohnya: Kelegapan blok, Bentuk blok |
bongkah | Digunakan untuk barangan sebenar, contohnya: Bongkah Gangsa, Bongkah Arang | |
game | permainan | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi. |
subgame | subpermainan | Awalan sub- digabungkan dengan permainan, ini istilah di dalam enjin permainan dan resam ini mesti diikut. |
spawn | lahir | Digunakan untuk perbuatan mewujudkan sesuatu, contohnya, spawn egg menjadi telur kelahiran, spawn an animal menjadi lahirkan haiwan. |
permulaan | Digunakan untuk titik atau kawasan seseorang itu dilahirkan ke dunia atau dilahirkan ke sesuatu tempat, contohnya, spawn area menjadi kawasan permulaan, city spawn menjadi permulaan bandar. | |
respawn | lahir semula | |
noclip | ketidakketipan | Istilah rasmi untuk clip adalah ketip dalam bidang komputer dan teknologi, tidakketip adalah perkataan rekaan untuk noclip, kapitan ke…an ditambah untuk menunjukkan perihal tidakketip. |
deprecated | terkecam | Tiada istilah rasmi dalam bidang komputer, tetapi istilah Inggeris deprecate secara umumnya bermaksud kecam iaitu menegur keburukan. Gunakan istilah ini sehingga istilah rasmi dikeluarkan dalam bahasa Melayu. |
minimap | peta mini | |
screenshot | tangkapan layar | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi |
noise | hingar | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi |
noise parameter | parameter hingar | |
anisotropic filter | tapisan anisotropik | |
item | item | Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut |
entity | entiti | Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut |
entities | entiti-entiti | Resam perlu diikut, tetapi pakai tatabahasa Melayu |
instrumentation | instrumentasi | Ini adalah istilah dalam pengaturcaraan komputer, tiada padanan dalam bidang komputer dan menggunakan padanan dalam bidang muzik. |
to instrument | menginstrumentasikan | Tiada istilah yang sesuai yang wujud, maka ia dicipta dengan perkataan instrumentasi. |