Minetest/ms
Bahasa: | English • Deutsch • français • Bahasa Indonesia • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu |
---|
Minetest adalah sebuah enjin permainan perisian bebas yang kini sedang dibangunkan (di peringkat alfa) untuk mencipta pelbagai jenis permainan berdasarkan gaya permainan voksel, diinspirasikan oleh permainan InfiniMiner, Minecraft, dan yang serupa dengannya. Minetest pada asalnya telah dicipta oleh Perttu Ahola (alias “celeron55”).
Idea asas setiap permainan adalah sama: Pemain dicampakkan ke dunia luas yang terdiri daripada kiub/blok. Kebanyakan waktunya, kiub-kiub ini yang mencipta landskap dan blok-blok ini boleh diambil dan diletak secara hampir bebasnya. Menggunakan item yang telah dikutip, alatan dan item lain boleh dicipta. Namun begitu, permainan (atau “subpermainan” dalam istilah Minetest) dalam Minetest boleh menjadi lebih kompleks.
Konsep teras Minetest adalah keupayaan pembuatan mods terbina dalamnya, pembuatan mods adalah berdasarkan bahasa pengaturcaraan Lua. Mods-mods membolehkan satu atau lebih aspek tertentu dalam permainan sedia ada untuk digubah. Mods Minetest boleh menjadi ringkas seperti menambah beberapa blok hiasan atau sangat kompleks (contohnya) memperkenalkan konsep gaya permainan baharu yang kompleks atau menjana dunia yang berbeza terus daripada yang sepatutnya, dan banyak lagi. Untuk pemain, menggunakan mod yang baharu memerlukan penyalinan atau pengekstrakan sesetengah fail ke dalam lokasi tertentu dan menekan beberapa butang di dalam antaramuka Minetest.
Minetest boleh dimainkan seorang diri atau beramai-ramai bersama pemain yang lain.
Minetest selalunya didatangkan bersama permainan asal yang ringkas, bernama “Minetest Game”. Permainan-permainan lain untuk Minetest boleh dimuat turun daripada forum rasmi Minetest.
Minetest dan Minetest Game juga boleh dimainkan secara terus, namun kedua-duanya masih di peringkat alfa ketika ini, ini bermaksud ianya masih belum lengkap, terdapat banyak lagi ciri-ciri yang hilang dan adanya banyak pepijat. Oleh itu, maafkan kami apabila segala yang terjadi itu tidak sempurna.
Ciri-ciri
- Dunia berasaskan kiub yang besar untuk diterokai (61840 nod (kiub) di setiap arah)
- Dunia dijana secara prosedural
- Ada beberapa jenis penjana dunia berbeza beserta pelbagai parameter boleh laras
- Pentatarajahan yang terlampau tinggi dengan penyunting tetapan lanjutan dan perihal terbina dalam, atau dengan menggunakan fail tatarajah
- Ubah grafik dan bunyi mengikut kesukaan melalui pek tekstur
- Mod pemain perseorangan dan mod pemain ramai dalam talian
- Senarai pelayan
- Sistem pembuatan mods yang sofistikated
- Mods berada di pihak pelayan sepenuhnya. Anda boleh sertai mana-mana pelayan Minetest dengan mana-mana mods dan mula bermain, tanpa memerlukan perisian tambahan
- Keperluan sistem yang agak rendah
Tangkapan layar
Subpermainan
Memandangkan Minetest adalah sebuah enjin, penampilan sebenar dalam permainan akan bergantung sepenuhnya kepada subpermainan mana yang sebenarnya dimainkan. Ini adalah koleksi tangkapan layar daripada pelbagai subpermainan berbeza untuk menunjukkan gambaran kemampuan Minetest. Senarai ini turut menyertakan Minetest Game beserta subpermainan-subpermainan lain yang telah dibangunkan oleh komuniti:
Mods
Mods dipasang di atas subpermainan-subpermainan oleh pemain untuk mengubah subpermainan sedia ada. Tangkapan-tangkapan layar ini menunjukkan mods sedang mengubah Minetest Game:
xtraores_xtension (Pek Mods)
Menu Utama
- Singleplayer0.4.14.jpg
Pemain perseorangan
- Serverlist0.4.14.jpg
Senarai pelayan
- Advanced Settings 0.4.14.png
Tetapan lanjutan
Lebih banyak tangkapan layar
Dalam forum Minetest, banyak tangkapan layar yang diletakkan oleh pemain di beberapa aliran berbeza:
- Tangkapan skrin berkualiti tinggi
- Istana, kubu, menara dan struktur yang berkaitan
- Pelbagai jenis bangunan
- Sebarang tangkapan layar
Keperluan sistem
Keperluan perkakasan
Minetest boleh dimainkan menggunakan komputer, laptop dan yang berkaitan, malah boleh dimainkan dengan telefon pintar (Android).
Keperluan untuk komputer, laptop, dll.
- Skrin
- Tetikus dengan roda tetikus
- Pilihan: Kayu ria atau pad permainan
- Papan kekunci
- Pilihan: Pembesar suara, jika anda ingin bermain dengan bunyi
- Kad/cip grafik atau alternatifnya (llvm pipe) pemprosesan yang laju
Sistem operasi
Sistem pengoperasian berikut disokong secara rasminya:
- Android (versi 4.0 atau kemudiannya disyorkan)
- GNU/Linux
- OS X (versi 10.8 atau kemudiannya disyorkan)
- Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 8.1, Windows 10
- Lain-lain (sila lihat halaman muat turun)
Legal
Minetest adalah perisian bebas, tanpa sebarang iklan dan adalah percuma. Ianya dilesenkan di bawah Lesen Awam Am Lemah GNU (LGPL) versi 2.1, dengan karya seni selalunya dilindungi di bawah Atribusi-PerkongsianSerupa 3.0 Tidak mudah alih.