Programs and Editors/ms
Jump to navigation
Jump to search
Bahasa: | English • Deutsch • 日本語 • Bahasa Melayu |
---|
Pelbagai atur cara, aplikasi web, dan penyunting untuk Minetest telah dicipta oleh masyarakat.
Ini bukan senarai menyeluruh, lihat lebih lagi di bebenang bahasa Inggeris untuk Projek Berkaitan Minetest (Minetest-related projects) di forum.
Pemetaan
Nama | Keterangan | Maklumat / Laman Web | Pencipta |
---|---|---|---|
Minetest Mapper (Pemeta Minetest) |
Mencipta imej peta 2D daripada dunia anda, di mana satu blok bersamaan satu piksel.
Terdapat juga GUI Minetest Mapper (bahasa Inggeris). |
wiki | pelbagai penyumbang |
MTSatellite (Satelit MT) |
Sistem pemetaan web "masa nyata" untuk Minetest. Ianya seperti mempunyai Peta Google untuk dunia Minetest anda, kecuali ia dikemaskini secara langsung. | forum | s-l-teichmann |
Amidstest | Menyediakan peta dunia Minetest tanpa memerlukan dunia dicipta oleh Minetest. Ini ialah versi Minetest kepada alat Amidst untuk Minecraft. | forum | Dr.Frankenstone |
Suntingan dunia dan pengimportan
Nama | Keterangan | Maklumat / Laman Web | Pencipta |
---|---|---|---|
150px WorldEdit (SuntingDunia) |
Alatan dan perintah untuk menyunting dunia.
(Secara teknikalnya ini ialah pek mods, dan digunakan dalam enjin permainan) |
wiki | pelbagai penyumbang |
Geo mapgen (Janapeta geo) |
Menjana dunia Minetest daripada data topografi dunia nyata. Membaca data litupan daratan GeoTiff dan model pelan tegak digital seperti yang disediakan oleh SRTM (bahasa Inggeris). | forum | Gael de Sailly |
Real Terrain (Rupa Bumi Sebenar) |
Menggunakan fail imej sebagai peta ketinggian dan peta biom untuk menjana dunia Minetest. | forum | bobomb |
mcimport | Penukar dunia untuk keseluruhan peta Minecraft (fail simpanan Minecraft), dan mengeluarkan sebuah dunia Minetest yang baru dan berfungsi. (Linux) | forum | pelbagai penyumbang |
Twoelk jugs menulis penukar-penukar lain untuk mengimport data Minecraft ke Minetest (bahasa Inggeris).
Lain-lain
Nama | Keterangan | Maklumat / Laman Web | Pencipta |
---|---|---|---|
150px Skin database (Pangkalan data kulit) |
Pralihat, kongsi, dan muat turun kulit pemain | forum | addi |
Skin converter (Penukar kulit) |
Mengimport kulit dari Minecraft ke Minetest | forum | eyesgoal |
Mod search engine (Enjin carian mods) |
Mencari mods berdasarkan nama atau kata kunci. Hasil carian diberatkan mengikut rating pengguna. | forum | Krock
|
Node Box Editor (Penyunting Kotak Nod) |
Penyunting 3D untuk mencipta blok sendiri dengan mudah dengan menarik bucu mereka. Ia menyokong semua sistem pengoperasian yang Minetest sokong. | forum | rubenwardy |
Web Node Box Creator (Pencipta Kotak Nod Web) |
Penyunting 3D untuk mencipta blok sendiri dengan mudah. Berasaskan web. | forum | IcyDiamond |
Public remote media server (Pelayan media jarak jauh awam) |
Seperti sebuah CDN untuk pelayan Minetest anda. Pelayan media jarak jauh ini menyediakan klien dengan media untuk pelayan anda, supaya pelayan anda tidak perlu menyediakan muat turun ini kepada pemain anda apabila mereka sambung ke pelayan anda. Secara umumnya, ini dapat meningkatkan kelajuan dan mengurangkan beban pada pelayan anda, dan ianya sesuatu yang bagus!
Ini ialah tika awam daripada projek Minetest Remote Media server (pelayan media jarak jauh Minetest). |
forum | sofar |