Difference between revisions of "Mining/ms"

From Luanti Wiki
Jump to navigation Jump to search
 
(One intermediate revision by one other user not shown)
Line 29: Line 29:
 
Kelajuan perlombongan ditentukan oleh [[groups/ms|kumpulan]].
 
Kelajuan perlombongan ditentukan oleh [[groups/ms|kumpulan]].
  
== Perlombongan dalam [[Subgames/Minetest Game/ms|Minetest Game]] ==
+
== Perlombongan dalam [[Games/Minetest Game/ms|Minetest Game]] ==
  
 
Anda bermula dengan [[hand/ms|tangan]] yang mampu melombong agak banyak nod tetapi pada kelajuan paling rendah.
 
Anda bermula dengan [[hand/ms|tangan]] yang mampu melombong agak banyak nod tetapi pada kelajuan paling rendah.
Line 41: Line 41:
 
* [[Stone/ms|Batu]] (menjatuhkan 1 [[Cobblestone/ms|Batu Buntar]])
 
* [[Stone/ms|Batu]] (menjatuhkan 1 [[Cobblestone/ms|Batu Buntar]])
 
* [[Clay/ms|Tanah Liat]] (menjatuhkan 4 [[Clay Lump/ms|Longgokan Tanah Liat]])
 
* [[Clay/ms|Tanah Liat]] (menjatuhkan 4 [[Clay Lump/ms|Longgokan Tanah Liat]])
* [[Coal Ore/ms|Bijih Arang]] (menjatuhkan 1 [[Coal Lump/ms|Longgokan Arang]])
+
* [[Coal Ore/ms|Bijih Batu Arang]] (menjatuhkan 1 [[Coal Lump/ms|Longgokan Batu Arang]])
 
Contoh yang nyata untuk jatuhan berdasarkan kebarangkalian:
 
Contoh yang nyata untuk jatuhan berdasarkan kebarangkalian:
 
* [[Jungle Grass/ms|Rumput Hutan]] (menjatuhkan 1 [[Cotton Seed/ms|Benih Kapas]] atau diri sendiri)
 
* [[Jungle Grass/ms|Rumput Hutan]] (menjatuhkan 1 [[Cotton Seed/ms|Benih Kapas]] atau diri sendiri)

Latest revision as of 14:16, 29 January 2023

Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu

Perlombongan (BI: Mining) itu salah satu aktiviti paling asas dalam Minetest. Ianya aktiviti mengeluarkan nod dengan menggunakan alatan perlombongan.

Cara untuk melombong

Perlombongan memerlukan keistimewaan “tindak” (BI: “interact”) yang diberikan sebagai keistimewaan asas.

Perlombongan dilakukan dengan menuding ke arah nod yang diinginkan dan menekan terus butang menyerang (Pada asalnya, butang tetikus kiri).

Bukan semua benda boleh dilombong dengan semua alatan perlombongan. Sesetengah alatan lebih elok digunakan untuk sesetengah bahan galian. Lagipun, perlombongan selalunya mengambil masa untuk disiapkan. Kelajuan perlombongan bergantung kepada jenis alatan yang digunakan dan juga nod yang ingin dilombong.

Jatuhan

Setelah sesebuah blok dilombong, ia mungkin tidak meninggalkan apa-apa, atau ia meninggalkan satu atau beberapa item yang masuk terus ke dalam inventori pemain anda. Item-item yang tertinggal juga dipanggil sebagai “jatuhan” daripada nod dan dikatakan sesebuah nod akan menjatuhkan sesuatu setelah ianya dilombong.

Kebanyakan blok menjatuhkan diri sendiri. Ianya perlakuan asal jika tidak dinyatakan dengan yang lain oleh penulis mods. Namun sudah tentu adanya kemungkinan jatuhan yang lain juga, contoh jenis jatuhan yang mungkin berlaku:

  • diri sendiri,
  • item yang berbeza,
  • banyak item,
  • tiada apa-apa,
  • item atau item-item berdasarkan peluang (jatuhan berdasarkan kebarangkalian).

Jika jatuhan tidak muat untuk masuk terus ke dalam inventori anda, item-item tersebut akan jatuh betul-betul ke atas lantai.

Kelajuan perlombongan

Kelajuan perlombongan ditentukan oleh kumpulan.

Perlombongan dalam Minetest Game

Anda bermula dengan tangan yang mampu melombong agak banyak nod tetapi pada kelajuan paling rendah. Kapak bagus untuk melombong (memotong) nod kayu. Beliung bagus untuk melombong nod berupa batu. Penyodok sangat laju menggali tanah, pasir dan kelikir. Kapak, beliung dan penyodok datang dalam enam jenis yang berbeza: Kayu, batu, keluli, gangsa, Mese dan intan. Dalam susunan tersebut, alatan-alatan menjadi semakin kuat dan kuat dan selalunya melombong dengan lebih laju.

Kebanyakan nod menjatuhkan diri sendiri. Contoh yang nyata untuk nod-nod yang tidak menjatuhkan diri sendiri seperti:

Contoh yang nyata untuk jatuhan berdasarkan kebarangkalian:

Perlombongan dalam permainan yang lain

Perlombongan selalunya sama sahaja dalam permainan-permainan Minetest. Mungkin alatan dan masa perlombongan berbeza, tetapi konsepnya kekal sama.