Help:Original names/ms

From Luanti Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu

Apabila menterjemah wiki ke dalam bahasa Melayu, anda digalakkan untuk menyertakan bersama nama asal mods beserta nama asal item-item dalam mods tersebut. Perkara ini membolehkan penutur bahasa Melayu yang tidak bermain Minetest dalam bahasa Melayu untuk merujuk wiki bahasa Melayu tanpa perlu menterjemah balik nama-nama mods dan item-item kepada bahasa Inggeris.

Sekiranya anda ingin membantu dalam wiki bahasa Inggeris, anda boleh menyatakan nama asal mods dan itemnya sekiranya ia diterbitkan dalam bahasa selain dari bahasa Inggeris.

Format yang dicadangkan penggunaan dalam wiki bahasa Melayu

Tidak ada format yang piawai berkaitan cara menulis nama asal tersebut, tetapi anda dicadangkan untuk menulis nama asal tersebut dalam bentuk condong di dalam kurungan selepas nama dalam bahasa Melayu dalam bentuk tebal. Nyatakan juga singkatan bahasa asal bagi nama asal tersebut.

Contohnya: Tanah (BI: Dirt)

Singkatan yang digunakan

  • BI untuk bahasa Inggeris.
  • BC untuk bahasa Cina.
  • BT untuk bahasa Tamil.
  • BK untuk bahasa Korea.
  • BJ untuk bahasa Jepun.
  • BG untuk bahasa German.
  • BP untuk bahasa Perancis.
  • BR untuk bahasa Rusia.
  • BE untuk bahasa Esperanto.

Format yang dicadangkan penggunaan dalam wiki bahasa Inggeris

Anda digalakkan untuk mengikut format yang dicadangkan penggunaan dalam bahasa Melayu, tetapi tidak perlu ditulis untuk mods yang memang diterbitkan dalam bahasa Inggeris, hanya tulis nama asal sekiranya mods dan item-itemnya pada asalnya telah diterbitkan dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris. Tuliskan bahasa kepada nama asal tersebut menggunakan bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Melayu.

Contohnya: Dirt (Malay: Tanah)
Ini hanyalah contoh, Dirt ialah item di dalam mods default dan ia memang diterbitkan dalam bahasa Inggeris.