Biomes/ms
Bahasa: | English • Deutsch • français • Bahasa Indonesia • 日本語 • Bahasa Melayu |
---|
Biom (BI: biomes) dalam Minetest adalah sebahagian daripada penjanaan peta. Biom ialah kawasan dengan daratan, bawah tanah dan tumbuh-tumbuhan yang serupa.
Jenis-jenis biom
Biom bergantung kepada penjana peta yang digunakan. Kebanyakan penjana peta mempunyai biom yang sama kecuali dalam janapeta v6.
Nota: Blok ditulis tebal dalam lajur “Blok” ialah blok permukaan daratan biom tersebut.
v5, v7, valleys, carpathian, flat, fractal
Biom dalam penjana peta ini ditakrifkan oleh mods. Jika ia tidak ditakrifkan, kesemua penjana peta ini hanya menjana dunia batu. Biom dalam penjana peta ini tidak berkait dengan bentuk rupa bumi; ini bermakna mana-mana biom (termasuk kawasan rumput) boleh terbentuk dekat kawasan rata atau kawasan bergunung. Bahagian ini menunjukkan biom yang digunakan dalam Minetest Game.
Biom daratan
Nama | Blok-blok | Keterangan | Gambar |
---|---|---|---|
Kawasan rumput (BI: Grassland) |
Tanah Berumput, Tanah, Batu Rumput, Bunga, Daun Belukar, Batang Belukar |
Kawasan rumput mempunyai jumlah nod tanah dan blok tanah berumput yang sangat banyak, yang mana bunga-bungaan, rumput dan belukar boleh wujud secara semulajadi di kawasan ini. Bawah tanahnya diperbuat daripada batu. | |
Hutan konifer (BI: Coniferous forest) |
Tanah Berumput, Tanah, Batu Kayu Pokok Pain, Daun Pain, Rumput, Bunga, Cendawan Merah, Cendawan Perang |
Hutan konifer membesar di kawasan yang lebih sejuk dan diisi dengan pokok pain. Kayu balak pokok pain tumbang dan cendawan-cendawan boleh dijumpai di sini juga. Biom yang serupa ialah taiga (lihat bawah). | |
Hutan daun luruh (BI: Deciduous forest) |
Tanah Berumput, Tanah, Batu Kayu Pokok Biasa, Daun Biasa, Kayu Pokok Aspen, Daun Aspen, Epal, Cendawan Merah, Cendawan Perang, Daun Belukar, Batang Belukar |
Hutan daun luruh terbentuk di kawasan lebih panas dan menjadi rumah kepada pokok biasa, pokok epal dan pokok aspen. Seperti hutan-hutan yang lain, kayu-kayu balak tumbang juga boleh dijumpai di sini. Hutan daun luruh selalunya mengelilingi kawasan lapang. | |
Hutan hujan (BI: Rainforest) |
Tanah Bersarap Hutan Hujan, Tanah, Batu Rumput Hutan, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Cendawan Perang, Teratai |
Hutan hujan (atau rimba) diperbuat daripada pokok hutan besar yang tumbuh secara rapat bersama. Rumput hutan dan kayu pokok hutan yang memegang daun hutan wujud secara semulajadi di sini. Dekat kayu balak pokok hutan tumbang, jarang-jarang ada cendawan perang. | |
Savana (BI: Savanna) |
Tanah Berumput Kering, Tanah, Batu Rumput Kering, Kayu Pokok Akasia, Daun Akasia, Daun Belukar Akasia, Batang Belukar Akasia |
Savana ialah daratan kering yang bukan gurun. Ia dipenuhi rumput kering yang banyak dan kadang-kadang boleh jumpa pokok akasia dan belukar akasia. Terdapat juga beberapa kayu balak pokok akasia tumbang. | |
Gurun (BI: Desert) |
Pasir Gurun, Batu Gurun, Kaktus Pokok Renek Kering |
Gurun mengandungi pasir gurun dan batu gurun yang sangat banyak. Kaktus dan pokok renek kering juga wujud secara semulajadi atas daratan gurun. Kaktus boleh terbentuk dalam dua bentuk berbeza. Gurun terbentuk di kawasan panas dan kering. | |
Gurun batu pasir (BI: Sandstone desert) |
Pasir, Batu Pasir Pokok Renek Kering |
Gurun batu pasir ialah kawasan tandus luas yang dilitupi pasir dengan batu pasir di bawahnya. Mereka terbentuk dalam klimat suhu tinggi dan kering. | |
Gurun sejuk (BI: Cold desert) |
Pasir Perak, Batu Pokok Renek Kering |
Gurun sejuk ialah kawasan tandus luas yang dilitupi dengan pasir perak di atas batu. Mereka terbentuk di kawasan sejuk dan kering. | |
Kawasan rumput bersalji (BI: Snowy grassland) |
Salji, Tanah Bersalji, Tanah, Batu Daun Belukar, Batang Belukar |
Biom kawasan rumput bersalji selalunya berada di sempadan kawasan rumput dan dilitupi dengan lapisan salji nipis di atas tanah bersalji. Beberapa belukar dilitupi salji boleh dijumpai di sini. | |
Taiga (BI: Taiga) |
Salji, Tanah Bersalji, Tanah, Batu Kayu Pokok Pain, Daun Pain, Pokok Renek Kering, Cendawan Perang, Cendawan Merah |
Taiga ialah biom sejuk dilitupi salji dengan tumbuh-tumbuhan yang kaya beserta permukaannya yang penuh dengan salji dan tanah bersalji. Mereka kaya dengan pokok pain yang dilitupi salji. Dalam hutan pokok pain, jarang-jarang ada cendawan tumbuh di atas kayu balak pokok pain tumbang. | |
Tundra (BI: Tundra) |
Bongkah Salji, Batu, Ais[1], Kelikir[1] |
Tundra ialah biom tandus di klimat sangat sejuk tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan dan hanya ada selapis bongkah salji di atas batu. Mereka biasa dijumpai di antara taiga, kawasan rumput bersalji dan glasier. Ini salah satu biom di mana bongkah salji (dan bukannya salji biasa) tercipta.
Dalam janapeta valleys, sungainya membeku dan diperbuat daripada ais namun ia mungkin susah dijumpai kerana selalunya mereka terkambus di bawah bongkah salji. Di bawah ais tersebut, anda boleh jumpa lantai sungai daripada kelikir. |
|
Glasier (BI: Glacier) |
Bongkah Salji, Ais, Kelikir[1] |
Glasier hanya terbentuk dalam kawasan paling sejuk dan diperbuat daripada ais yang sangat banyak, dilitupi lapisan bongkah salji yang tebal tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan. Biom glasier boleh terbentuk bergunung seperti dalam tangkapan layar atau sangat rata. Biom glasier selalunya bersempadan dengan biom kepingan ais berhampiran lautan.
Dalam janapeta valleys, biom glasier mempunyai sungai membeku seperti dalam tundra. |
Biom pantai, pesisir dan gumuk
Biom-biom ini terbentuk di antara biom daratan dan biom lautan.
Nama | Blok-blok | Keterangan | Gambar |
---|---|---|---|
Gumuk kawasan rumput (BI: Grassland dunes), Gumuk hutan konifer (BI: Coniferous forest dunes) |
Pasir Rumput |
Gumuk diperbuat daripada pasir yang mana kadang-kala ditumbuhi dengan rumput. Mereka terbentuk betul-betul 5 blok di atas paras laut dan bersempadan dengan kawasan rumput dan hutan konifer. | |
Pesisir hutan daun luruh (BI: Decidious forest shore) |
Air, Tanah, Teratai |
Pesisir hutan daun luruh ialah kawasan yang berada di paras laut bersempadan dengan biom hutan daun luruh dan mempunyai tanah sebagai lantainya (bukannya pasir). Di kawasan air cetek, ada peluang untuk menjumpai teratai. | |
Paya hutan hujan (BI: Rainforest swamp) |
Air, Tanah, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Teratai | Paya hutan hujan ialah biom kecil yang hanya terbentuk di paras laut bersebelahan hutan hujan. Paya hutan hujan mempunyai pokok hutan sama seperti hutan hujan, tetapi akar mereka dibanjiri air. Teratai boleh muncul di sini di kawasan air cetek. | |
Pesisir savana (BI: Savanna shore) |
Air, Tanah, Papirus, Teratai |
Pesisir savana selalunya kawasan kecil air cetek yang berlantaikan tanah. Ia terjadi apabila savana mencecah paras laut. Banyak papirus tumbuh di atas satu blok tanah, tetapi ia ialah satu-satunya tempat di mana papirus tumbuh secara semulajadi. Beberapa teratai juga boleh dijumpai di kawasan air cetek. | |
Pantai tundra (BI: Tundra beach) |
Air, Kelikir | Pantai tundra tiada apa-apa melainkan kelikir dan terbentuk apabila tundra bertemu dengan lautan. |
Biom lautan
Lautan ialah badan air yang besar dan selalunya mempunyai pasir sebagai lantai lautan dengan tompokan tanah liat. Terdapat beberapa biom lautan dalam Minetest Game, satu untuk setiap biom daratan. Setiap biom lautan mempunyai suhu dan keperluan kelembapan yang sama dengan yang ada di daratan.
Nama | Blok | Keterangan | Gambar |
---|---|---|---|
Lautan tundra (BI: tundra ocean), lautan taiga (BI: taiga ocean), lautan kawasan rumput bersalji (BI: snowy grasland ocean), lautan kawasan rumput (BI: grassland ocean), lautan hutan konifer (BI: coniferous forest ocean), lautan hutan daun luruh (BI: deciduous forest ocean), lautan gurun sejuk (BI: cold desert ocean) |
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu | Biom-biom lautan ini mempunyai pasir sebagai lantainya. Selain dari lautan tundra, lautan lain tersenarai mempunyai pantai pasir yang boleh naik sehingga 4 blok di atas paras laut. Seperti dalam kebanyakan biom lautan yang lain, gugusan tanah liat lebih biasa di dalam pasir dan terjadi di antara ketinggian Y=0 dan Y=-15. | |
Lautan savana (BI: savanna ocean), Lautan hutan hujan (BI: rainforest ocean) |
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu, Batu Karang, Rangka Karang |
Lautan savana dan hutan hujan ialah masing-masing lautan yang bersempadan dengan savana dan hutan hujan. Terumbu karang boleh terbentuk dalam air dekat dengan permukaan. | |
Lautan gurun (BI: desert ocean) |
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu Pasir, Batu Karang, Rangka Karang |
Gurun variasi lautan. Ia mempunyai batu gurun menggantikan batu. Terumbu karang boleh terbentuk dalam air dekat dengan permukaan. | |
Lautan gurun batu pasir (BI: sandstone desert ocean) |
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu Pasir | Gurun batu pasir variasi lautan. Ia mempunyai batu pasir menggantikan batu. | |
Kepingan ais (BI: Ice sheet) |
Bongkah Salji, Ais, Air, Pasir, Tanah Liat | Kepingan ais ialah pending lautan kepada biom glasier, oleh itu ia hanya terbentuk di kawasan lautan paling sejuk dan bersempadan dengan biom glasier. Kepingan ais agak tinggi dan mempunyai selapis bongkah ais dengan banyak lapis sehingga sepuluh lapis ais di bawahnya, “terapung” di atas air dalam lautan dalam. |
v6
Biom dalam janapeta v6 agak ringkas, namun ada beberapa ciri unik yang tidak dijumpai dalam janapeta yang lain. Janapeta ini mempunyai beberapa biom dan 4 spesis pokok. Dalam janapeta v6, biom ada menentukan bentuk rupa bumi hingga ke suatu tahap.
Dalam Minetest Game, sesetengah blok tidak dijana langsung, namun tiada apa yang asas. Contohnya, tidak ada pokok aspen, pokok akasia dan batu karang.
Secara teknikalnya, penjana peta v6 mempunyai set biom pratakrif yang tidak boleh diubah secara terus oleh mods. Hasil dalam subpermainan berbeza selalunya serupa sahaja. Subpermainan selalunya hanya menambah benda kepada janapeta v6 dengan sesuatu yang dipanggil perhiasan, contohnya bunga dan rumput.
Biom
Nama | Blok-blok Utama[2] | Perhiasan[3] | Keterangan | Gambar |
---|---|---|---|---|
Kawasan landai (BI: Plains) |
Tanah Berumput, Tanah, Batu | Rumput, Bunga | Kawasan landai ialah biom yang agak rata. Mempunyai nod Tanah dan blok Tanah Berumput yang sangat banyak, yang mana bunga dan rumput boleh wujud secara semulajadi di atasnya (sejak versi 0.4.7). Tidak ada belukar. Bawah tanah diperbuat daripada batu. | |
Hutan (BI: Forest) |
Tanah Berumput, Tanah, Batu, Kayu Pokok, Daun, Epal |
Rumput, Bunga, Cendawan Perang, Cendawan Merah | Hutan ialah salah satu biom paling biasa dalam janapeta v6 dan terbentuk di zon kawasan suhu sederhana. Pokok biasa dan pokok epal tumbuh secara semulajadi di sini. Hutan selalunya mengelilingi kawasan landai. Cendawan-cendawan tumbuh di sebelah kayu pokok; ini juga satu-satunya biom dalam janapeta v6 yang mana cendawan boleh dijumpai. Tidak ada pokok lain atau kayu balak tumbang. | |
Gurun (BI: Desert) |
Pasir Gurun, Batu Gurun | Kaktus, Pokok Renek Kering | Gurun mempunyai pasir gurun dan batu gurun yang sangat banyak dan selalu ada cenuram besar atau ngarai. Gurun selalunya dilitupi dengan pasir gurun, namun di beberapa cenuram batu gurun terdedah tanpa pasir gurun di atasnya. Gurun mewujudkan sungai dan tasik bawah tanah yang boleh mencecah 200 blok dalamnya.
Kaktus dan pokok renek kering juga tumbuh secara semulajadi secara berkelompok di atas pasir gurun. Gurun membentuk sungai dan tasik bawah tanah yang boleh berada sehingga 200 blok dalamnya. Dalam janapeta v6, kaktus hanya boleh terbentuk dalam bentuk “meneagak” dengan tinggi sehingga 4 blok. |
|
Rimba (BI: Jungle) |
Tanah Berumput, Tanah, Batu, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Rumput Hutan |
Bunga, Rumput | Rimba mempunyai pokok-pokok hutan besar yang tumbuh menebal secara rapat-rapat bersama. Rumput hutan dan kayu pokok hutan memegang daun hutan tumbuh secara semulajadi di sini. Rimba dalam janapeta v6 sangat serupa dengan rimba dalam penjana peta yang lain, tetapi tiada kayu balak tumbang, cendawan atau paya.
Walaupun kemungkinan itu ada secara teknikalnya, bunga dan rumput hanya muncul jarang-jarang dalam biom ini. |
|
Taiga (BI: Taiga) |
Bongkah Salji, Tanah Bersalji, Batu, Salji, Kayu Pokok Pain, Daun Pain |
Permukaannyya dilitupi bongkah salji di atas tanah bersalji. Hutan pokok pain dilitupi salji sangat biasa dijumpai dalam biom ini. | ||
Tundra (BI: Tundra) |
Tanah Bersalji, Salji, Batu | Pokok Renek Kering | Tundra ialah padang terbuka luas dengan tanah bersalji di atasnya ditumbuhi beberapa pokok renek kering.
Terdapat juga variasi kurang biasa untuk biom ini di mana permukaannya hanyalah salji betul-betul di atas batu, mendedahkan sisi batu. Tiada pokok renek kering boleh dijumpai di sini. Variasi ini boleh berlaku kadang-kadang di penara. |
|
Kepingan ais (BI: Ice sheet) |
Ais, Air, [Dirt/ms|Tanah]], [Sand/ms|Pasir] | Kepingan ais ialah dua lapisan ais di atas air laut. Mereka dijana bersempadan secara terus dengan taiga dan tundra. |
Sifat landskap
Sifat landskap terbentuk secara (agak) berasingan daripada biom.
Nama | Blok | Keterangan | Gambar |
---|---|---|---|
Pantai pasir (BI: Sand beach) |
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu | Pantai pasir diperbuat daripada pasir dan terbentuk pada ketinggian Y=2 ke bawah, iaitu dekat dengan paras laut secara lalai. Pantai pasir selalu menjangkau dalam lautan, dengan senangnya menukarkan banyak lantai laut menjadi pasir. Pasir menggantikan lantai biom lain. Bergantung kepada bentuk rupa bumi, pantai pasir boleh menjadi pendek atau sangat panjang dan luas (seperti dalam tangkapan layar). Tanah liat boleh dijumpai di pasir dan terbentuk dalam “tompokan” kecil atau sederhana di bawah air (Secara teknikalnya, tanah liat dijana seperti bijih oleh Minetest Game).
Pantai pasir dijana berdasarkan ketinggian dan hingar Perlin; secara teknikalnya mereka dijana secara bebas daripada air di lautan. Kesan ini boleh dilihat sekiranya paras air (dengan tetapan |
|
Lautan (BI: Ocean) |
Air, Batu, Tanah, Pasir | Lautan hanyalah badan air yang besar yang mencapai sekitar 25 blok dalamnya dengan permukaan air pada ketinggian Y=0 di seluruh dunia (secara lalainya). Lantai lautan semulajadi ialah tanah (berbeza daripada janapeta lain), namun pasir juga menjadi biasa kerana wujudnya pantai pasir. Lautan selalunya tersebar antara 250-300 blok, namun ia boleh diubah lebih lagi. Lautan ialah ciri landskap yang dimasukkan sekitar versi 0.2.20110731_1 Pre-Alpha. | |
Pulau (BI: Island) |
Semua blok daripada biom v6, Air | Pulau terbentuk banyak kali di lautan. Pulau selalunya muncul daripada tanah setinggi 3-10 blok, tetapi boleh menjadi setinggi 40-80 blok. | |
Gunung (BI: Mountain) |
Blok serupa seperti hutan dan kawasan landai | Gununglah paling bahaya. Pokok tumbuh secara semulajadi di sini. Sangat mudah untuk terbunuh di rupa bumi gunung jika anda tidak ambil perhatian ke mana anda sedang bergerak. | |
Penara (BI: Plateau) |
Hampir kesemua blok daripada biom v6 | Struktur gergasi yang mula kelihatan sejak versi 0.4, penara sangat biasa dijumpai di gurun dan juga rupa bumi bergunung. Penara juga boleh terapung di atas tanah dan menjana biom miniatur di atasnya. | |
Gua air (BI: Water cave) |
Air, Batu | Gua air ialah gua yang hanya terjadi di paras laut, yang bertukar menjadi sungai atau tasik luas di bawah tanah. Dalam kes ekstrim, gua-gua ini boleh menyambung sehingga ribuan blok ke bawah dan sangat senang untuk sesat di dalamnya. | |
Padang kelikir (BI: Gravel field) |
Kelikir | Kadang-kadang, padang kelikir yang sangat luas boleh muncul di permukaan. Kawasan ini tidak ada apa-apa melainkan kelikir. Padang kelikir boleh terjadi di mana-mana biom dan hanya menggantikan bahan permukaan mereka (cth. tanah berumput) dengan kelikir. |
Sejarah
Pembangunan Minetest
- Sebelum Minetest mempunyai nombor versi, biom tidak boleh ditakrifkan dan hanya mempunyai empat bahan: rumput, batu, cahaya dan "air" (seperti dalam gambar).
- Versi 0.0.1: Baru ada biom sebenar, tetapi sebelum versi 0.2.20110529 Pre-Alpha penjanaan peta agak berserabut. Biom akan merentasi sesama sendiri, dan secara amnya biom tidak dapat ditakrifkan.
- Versi 0.3.0 dan sebelumnya: Biom-biom sangat asas. Hanya ada kawasan rumput, hutan, lautan dan pantai.
- Versi 0.4.0: Penjana peta versi 6 diperkenalkan. Penjana peta ini mempunyai biom yang sama seperti versi-versi sebelumnya. Kemudian, gurun telah ditambah diikuti oleh rimba.
- Versi 0.4.13: Taiga dan tundra telah ditambah ke dalam janapeta v6. Sekitar waktu ini, kerja-kerja API Biom telah bermula, tetapi ia tidak boleh digunakan lagi.
- Versi 0.4.14: API Biom telah diperkenalkan untuk janapeta v7 yang membolehkan mods mencipta biom mereka sendiri dari awal. Ini peristiwa penting utama kerana API Biom lebih fleksibel berbanding biom v6 yang tidak boleh diubah; biom-biom boleh menjadi lebih kaya sekarang. Semua janapeta kini menyokong API Biom, kecuali janapeta v6 yang terus mempunyai biom yang tidak boleh diubah.
Biom-biom Minetest Game
- Sebelum versi 0.4.14: Minetest Game tidak mencipta sebarang biom; semua biom dicipta sendiri oleh Minetest. Minetest Game hanya menambah beberapa perhiasan kepada janapeta v6 seperti bunga, papirus, kaktus dll.
- Versi 0.4.14: Minetest Game mula menggunakan API Biom yang baru yang membuatkan janapeta v7 akhirnya sesuai untuk bermain. Minetest Game menggunakan API Biom untuk menambah glasier, kepingan ais, tundra, taiga, kawasan rumput berbatu, kawasan rumput batu pasir, hutan konifer, hutan daun luruh, gurun, savana, hutan hujan, paya dan pantai. Biom janapeta v6 tidak berubah.
- Versi 0.4.15: Kawasan rumput bersalji, gurun sejuk dan gurun batu pasir telah ditambah. Kawasan rumput berbatu pasir telah dibuang.
Lihat juga
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkembangan penjana peta, sila lihat halaman Perkembangan Penjana Peta.