Batu (BI: Stone) adalah salah satu blok semula jadi yang paling kerap dijumpai dalam Minetest. Ia boleh dijumpai dekat mana-mana ketinggian daripada permukaan kecuali dalam kawasan gurun dan seluruh kawasan bawah tanah kebanyakannya terditi daripada batu. Menggali batu akan menjatuhkan batu buntar yang boleh dilebur menjadi batu semula. Anda boleh menggunakan beliung kayu atau yang lebih elok untuk menggali batu. Batu juga sangat penting kerana kesemua blok bijih dihasilkan dalam batu.
Batu juga terhasil apabila lava yang mengalir menyentuh air.
Peleburan
Sebagai bahan pertukangan
Semua resipi pertukangan daripada kumpulan “batu” juga boleh digunakan.
Lihat juga