Papirus (BI: Papyrus) atau kadang-kala dipanggil secara salah sebagai “Tebu” (BI: Sugar Cane), “Mensiang” (BI: Reeds) atau “Buluh” (BI: Bamboo) ialah tumbuhan tinggi yang boleh dijumpai secara terus di atas paras laut. Dalam kebanyakan janapeta, papirus hanya boleh dijumpai di kawasan air cetek dalam biom pesisir savana. Dalam janapeta v6 pula, ia tumbuh di atas tanah berumput bersebelahan air di paras laut.
Ia boleh digunakan untuk mencipta kertas. Apabila blok papirus diambil, semua blok papirus bersambungan di atasnya akan diambil secara automatik. Papirus boleh diletakkan di mana-mana sahaja.
Papirus di atas tanah atau tanah berumput akan membesar dengan menambah tiga blok papirus tambahan di atasnya apabila ia berada dalam lingkungan tiga blok daripada air dan didedahkan kepada cahaya tahap 13 atau lebih.
Kegunaan
Nama
|
Bahan-Bahan
|
Input → Output
|
Keterangan
|
Kertas
|
Papirus
|
|
Digunakan untuk mencipta buku.
|