Cart/ms

From Luanti Wiki
< Cart
Revision as of 00:00, 17 April 2021 by Voxel (talk | contribs)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu


Pedati
Cart.png
Sebuah item dalam Minetest Game
Jenis Kenderaan
Boleh Diperbaharui Tidak
Ketahanan
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item carts:cart
Pedati
Cart entity.png
Sebuah objek dalam Minetest Game
Mata Kesihatan
Perlanggaran Objek Tidak
Perlanggaran Blok Tidak
Rentetan Entiti carts:cart
Sebuah pedati di atas landasan

Pedati (BIcarts) boleh digunakan untuk pengangkutan yang cepat di atas landasan untuk diri sendiri dan juga item. Pedati hanya naik di atas landasan dan ia sentiasa mengikut laluannya. Pada simpang T mati, pedati selalunya membelok ke kiri. Terdapat beberapa jenis landasan yang mengubah kelajuan pedati.

Kegunaan

Anda hanya boleh letakkan pedati di atas landasan. Klik-kanan padanya untuk masuk ke dalamnya. Ketuk pedati untuk mula bergerak. Apabila anda duduk di dalam, anda boleh mengawal pedati:

  • Terus tekan kekunci Ke Belakang untuk memperlahankan pedati
  • Terus tekan kekunci Ke Kiri atau Ke Kanan untuk membelok di persimpangan.

Untuk menggerakkan tindanan item, hanya jatuhkan mereka ke dalam pedati dan ketuk pedati tersebut. Untuk mendapatkan semula pedati bersama item, ketuk pedati ketika menekan kekunci selinap.

Pertukangan

Nama Bahan-bahan Input → Output Keterangan
Pedati Jongkong Keluli
Steel Ingot.png
Steel Ingot.png
Steel Ingot.png
Steel Ingot.png
Steel Ingot.png
Cart.png
Digunakan untuk bergerak dan menggerakkan item menggunakan landasan